Saturday 20 July 2013

Malu Yang Terlebih Over

Assalamualaikum.

Setiap manusia pasti ada perasaan malu. Maybe yang membuat kita berlainan dengan orang lain tu, tahap malu tu *yeke,hehe*. Malu tu bagus jika betul pada tempatnya,tapi kalo dah nak bincang dengan coursemate pun malu, tu dah jadik lain namanya. Perasaan malu yang ter 'over' tu akan menyebabkan diri kita sendiri yang rugi. So, SAY NO TO MALU yang over.

Perasaan malu ni muncul sebab perasaan rendah diri yang terlampau and selalu memikirkan tanggapan negatif dari orang lain. Itulah punca terbesar malu yang tak bertempat itu wujud. But, mungkin ada sesetengah orang malu disebabkan fobia. wallahualam.

Perasaan  malu itu harus dikikis sedikit demi sedikit. Even tak mendadak tapi usaha tu ade kan.hee *senyumnampakgigi*

1. Senyum
Mulakan dengan senyuman. Dengan orang yang kita tak penah tegur selama ni kita senyum. Before masuk kelas or keje, senyum selebar2 nye. Tunjukkan keayuan and kehenseman wajah anda bile senyum.

Tgok atuk ni, comel je die senyum kan. :D

2. Betulkan mindset
Mindset tu kena betul. Jangan fikir negatif pasal diri kita, sebab benda macam tu la yang akan membuatkan kite down and tak nak bercakap dengan orang lain.

Contoh:
Si A  :  Aku ni x cantik/hensem,nak ke die sembang dengan aku....

Haa,contoh yang tu la kita kena elakkan. Hensem/cantik tu subjektif je. Setiap orang ade kelebihan dia sendiri, so gunakan kelebihan yang ada tu untuk naikkan kita punya mind set. Rupa paras tu tolak ketepi.*kenyitmatabanyakkali*

3. Aktif dengan aktiviti/persatuan
Selalu involve dengan aktiviti or persatuan. Secara tak langsung, kita akan bergaul dengan orang yang kita tak kenal. Tak percaya? Try  la. *angkatkeningsebelah* 

Ada banyak lagi cara nak kikis rasa malu ni. Tapi yang atas ni antara langkah yang terpenting nak buang malu yang over tu. Yang penting slow2 berubah. 

Ye, saya boleh!

Hati Kita Bersihkah?

Assalamualaikum

Tiba2 hati ni rasa gelisah sangat. Rasa tak tenteram je. Nak tahu kenapa, sebab hati saya sudah kotor. Kotor dengan segala dosa, maksiat yang saya lakukan ;( Ya Allah, maafkan segala dosa hamba Mu ini ya Allah. Nak tahu tak, hati kita ni mulia sangat, tapi tapi kita dah cemar kan kemuliaan hati ni dengan perkara yang tak sepatutnya.


Tak nak hati macamni :(


Seorang mukmin tu kalau dia berbuat satu dosa, maka hati dia akan ada satu titik hitam. Tapi kalau dia beristighfar, bertaubat, hati itu akan kembali bersih. Namun kalau seseorang itu berterusan membuat dosa, hati nya akan menjadi hitam dan terus hitam. Cuba kita bayangkan dalam sehari, berapa banyak dosa yang kita lakukan. Dosa tengok aurat orang lain, dosa mengumpat. Banyak sangat dosa. Tu baru sehari. Boleh bayang kan tak kehitaman hati kita. Astaghfirullah mesti dah hitam berdenyut hati kita tu. Oleh sebab tu kita kena sentiasa bertaubat, beristighfar supaya hati kita  menjadi bersih balik.

“Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka telah diseliputi kekotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan.” (Surah al-Muthaffifiin, ayat 14). 

Nak tau tak, bila hati kita dah hitam, hati tu akan jadi keras. Lebih keras dari batu. Apabila dah keras, segala kebahagiaan untuk melakukan sesuatu amal tu dah tak ada. Nak belajar pun susah nak masuk tau, sebab hati kita dah kotor. Dah tak ada ruang untuk semua tu.

“Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya, dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. “Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Baqarah, ayat 74). 


Kat sini ada beberapa tanda yang bermaksud hati kita tu dah jadi kotor. Pada diri saya sendiri, terdapat banyak tanda2 tu. Astaghfirullahazim :( Sedih nya rasa.  




Jangan biarkan hati kita terus kotor, jadi jom kita bersihkan hati kita. Ada beberapa cara nak bersihkan hati kita ni.

1.   Baca Quran dan memahami maknanya
Al quran tu merupakan mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad. Mesti semua orang tau kan. Kalau boleh bacalah Quran setiap hari. Kalau satu hari satu page pun boleh. Jangan tinggal langsung. Kalau nak lagi best baca Quran dan faham maknanya. Inshaallah, hati kita akan menjadi bersih.



2. Buat solat malam atau qiamullail
Banyak tau kelebihan buat qiamullail. Saat semua orang tidur, kita bangun menunaikan qiamullail. Saat yang sangat tenang. Sunyi. Rasa macam kita dan Allah je ada. Masa tu jugak la kita luah kan segala masalah kita dekat Allah sebab Allah itu Maha Mendengar. Ya, Allah sentiasa tahu apa yang ada dalam hati kita, tapi Allah nak dengar rintihan hamba Nya.


3. Berdamping dengan orang soleh
Ada banyak cara tau nak berdamping dengan orang soleh ni. Sama ada kita pergi ke kuliah or talk diorang, tak pun kita pergi masjid or surau, kita sembang perkara-perkara yang boleh mendekatkan lagi diri kita kepada Allah. Di samping dapat ilmu, hubungan silaturahim pun akan terjalin tau. Tapi kita jangan kecikkan skop orang soleh ni, tak semestinya orang soleh ni ustaz or ustazah je, tapi kawan kita yang soleh pun kita boleh dampingi.  


4. Perbanyakkan puasa sunat
Puasa tu bukan sekadar menahan diri dan lapar dan dahaga tau. Tapi puasa tu jugak dapat menahan diri kita daripada nafsu dan mendidik dir supaya menjadi sabar. Tapi sebelum tu cek dulu, puasa ketika bulan Ramadan. Ada rasa excited tak bila Ramadan tu datang. Kalau ada, alhamdulillah. Tu maknanya hati kita juga rasa senang nak buat puasa sunat. Bagi saya sendiri agak susah kalau nak puasa sunat yang mana kita berpuasa tu bukan dalam bulan Ramadhan. Mana nak tahan tengok kawan makan depan kita. Nafsu2. Sebab tu la kita kena ikhlas untuk berpuasa sunat. Berpuasa kerana Allah.


5. Berzikir dan berdoa 
Melalui zikir, kita dapat mendekatkan diri kita kepada Allah. Senang je nak zikir ni. Bila2 masa boleh buat. Masa atas bas boleh, tengah memasak boleh. Senang kata bila2 la. Basahkan bibir kita dengan berzikir, inshaallah hati kita akan bersih. Berdoalah kepada Allah tak kira waktu senang, susah, pagi, malam. Jangan jemu untuk berdoa. Berdoa la supaya hati kita ni dibersihkan jauh dari penyakit hati 


Sama2 la kita bersihkan hati kita :) 





Tuesday 16 July 2013

UPM

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah saya dah setahun belajar di UPM. So far life kat sana best walaupun ada beberapa perkara yang tak memuaskan hati *redha je la*

Di UPM ade 17 kolej kesemuanya. Kebanyakan kolej adalah kolej tradisi. K1o and K11 terletak dengan fakulti kejuruteraan and majority students yang stay kat kolej tu kos engineering.  K17 tercampak jauh dekat dengan Hospital Serdang and kolej ni special untuk student medic, vet, biomedic dengan nursing. Tapi kolej 17 sangat cantik and selesa compare dengan kolej saya ----> K16. Kolej ni dipanggil kolej serumpun. Ade 3 kolej lain jugak yang ada dalam serumpun ni iaitu K12, K14, K15, K16.

 Kalau macam bilik dekat kolej 16 yang blok L3, ruang untuk individu sangat la kecik.nak solat pun kat celah almari.huhu.So,untuk solat yang selesa, pergi la ke surau serumpun ye. Dalam bilik tu ada 4 orang and dekat tengah2 bilik tu ada divider yang memisahkan kami yang membuatkan ruang bilik bertambah sempit.nak tegur roomate yang belah sana pun kena berdiri.haish.*napa la diorang letak divider,rasa nak pecahkan je*

Walaupun tak berpuas hati dengan bilik serumpun, tapi kemudahan yang ada kat serumpun sangat la bes. Kafe dekat, banyak choice and sedap pulak tu,pastu bas pun senang sangat nak dapat.Kalau macam sem lepas, tak sampai 30 minit bas serumpun datang *tapi kadang2 nak dekat sejam jugak tunggu* Kemudahan lain, ada kedai print, kedai dobi, salon pn ade tau.Jangan main2.Nak potong rambut, nak buat rawatan muka pn boleh tapi untuk perempuan je la.hee.Surau serumpun dekat je haa. Kat serumpun ada dua dewan. Satu nama Dewan Putra 2. Satu lagi nama dia Dewan PJSD.


Ni tempat tunggu bas untuk serumpun.


Ni pulak contoh bilik yang ada kat serumpun.Macam flat pun ada kan.huhu


Yang bangunan kuning tu pejabat kolej and sebelah tu surau


Ni pulak pintu keluar kolej serumpun

UPM ni sgt la besar tau. Kalau nak cerita satu persatu memang tak kan habis. Tapi satu je nak cakap pemandangan kat sini sangat indah sebab UPM banyak pokok, tenang je rasa. Dengar kata, UPM ni jugak pernah dijadikan set penggambaran untuk cerita Kuliah Cinta dan Legenda Budak Setan 1.

Sapa yg tgok LBS1 tau la pokok ni.
Tak pernah lagi sampai sini. One day akan sampai sini jugak.hehe. Walau apa pn , niat nak belajar kat UPM ni sebab nak dapat ilmu. Semua IPTA or IPTS sama je, tempat menuntut ilmu and yang paling penting belajar la kerana Allah. 

"Tuntutlah ilmu walaupun sampai ke negeri Cina". (Al-Hadis)









Monday 15 July 2013

Komik Eksplorasi Tubuh Manusia 1

Assalamualaikum

Pernah tak baca buku komik Siri Jelajah Dunia 'Khazanah Kembara'. Buku ni dari Korea dan di'translate' kan ke dalam bahasa melayu. FYI lebih 20 JUTA komik ni terjual and sangat terkenal kat Korea.

Yang mana tak pernah tengok, ni la buku dia.
 First2 tu tengok macam tak best, ye la dah besar kan*besar la sangat*. Tak layan la komik ni,tapi bile baca je serius best. tak tipu. Dekat sekolah and matrik dulu ambik aliran sains, so tau la pasal bahagian tubuh badan ni, tapi macam tak menyeluruh. Tapi bila dah baca buku ni, rasa macam kita tau hampir semua pasal badan kita. Rasa excited nak habiskan buku ni. Buku ni ada 3 bab, Tubuh Manusia 1,2 and 3.
Buku eksplorasi tubuh manusia 2

  
Buku Eksplorasi tubuh manusia 3
Sinopsis cerita :

Mengisahkan mengenai Geo, Phi Phi dan Kay yang berjaya menghapuskan siri yang lepas. Kini, mereka menjadi pembantu doktor genius, Dr.Brain. Geo dan Kay mencuba ciptaan hebat Dr.Brain iaitu Kapsul Eksplorasi Tubuh.Kapsul ini boleh mengecil sehingga saiz nano. Malangya Phi Phi tertelan kapsul ini dan bermulalah siri kembara Geo dan Dr. Brain dalam tubuh Phi Phi.