Tiba2 hati ni rasa gelisah sangat. Rasa tak tenteram je. Nak tahu kenapa, sebab hati saya sudah kotor. Kotor dengan segala dosa, maksiat yang saya lakukan ;( Ya Allah, maafkan segala dosa hamba Mu ini ya Allah. Nak tahu tak, hati kita ni mulia sangat, tapi tapi kita dah cemar kan kemuliaan hati ni dengan perkara yang tak sepatutnya.
“Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka telah diseliputi kekotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan.” (Surah al-Muthaffifiin, ayat 14).
Nak tau tak, bila hati kita dah hitam, hati tu akan jadi keras. Lebih keras dari batu. Apabila dah keras, segala kebahagiaan untuk melakukan sesuatu amal tu dah tak ada. Nak belajar pun susah nak masuk tau, sebab hati kita dah kotor. Dah tak ada ruang untuk semua tu.
“Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya, dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. “Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Baqarah, ayat 74).
Kat sini ada beberapa tanda yang bermaksud hati kita tu dah jadi kotor. Pada diri saya sendiri, terdapat banyak tanda2 tu. Astaghfirullahazim :( Sedih nya rasa.
Jangan biarkan hati kita terus kotor, jadi jom kita bersihkan hati kita. Ada beberapa cara nak bersihkan hati kita ni.
1. Baca Quran dan memahami maknanya
Al quran tu merupakan mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad. Mesti semua orang tau kan. Kalau boleh bacalah Quran setiap hari. Kalau satu hari satu page pun boleh. Jangan tinggal langsung. Kalau nak lagi best baca Quran dan faham maknanya. Inshaallah, hati kita akan menjadi bersih.
1. Baca Quran dan memahami maknanya
Al quran tu merupakan mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad. Mesti semua orang tau kan. Kalau boleh bacalah Quran setiap hari. Kalau satu hari satu page pun boleh. Jangan tinggal langsung. Kalau nak lagi best baca Quran dan faham maknanya. Inshaallah, hati kita akan menjadi bersih.
2. Buat solat malam atau qiamullail
Banyak tau kelebihan buat qiamullail. Saat semua orang tidur, kita bangun menunaikan qiamullail. Saat yang sangat tenang. Sunyi. Rasa macam kita dan Allah je ada. Masa tu jugak la kita luah kan segala masalah kita dekat Allah sebab Allah itu Maha Mendengar. Ya, Allah sentiasa tahu apa yang ada dalam hati kita, tapi Allah nak dengar rintihan hamba Nya.
3. Berdamping dengan orang soleh
Ada banyak cara tau nak berdamping dengan orang soleh ni. Sama ada kita pergi ke kuliah or talk diorang, tak pun kita pergi masjid or surau, kita sembang perkara-perkara yang boleh mendekatkan lagi diri kita kepada Allah. Di samping dapat ilmu, hubungan silaturahim pun akan terjalin tau. Tapi kita jangan kecikkan skop orang soleh ni, tak semestinya orang soleh ni ustaz or ustazah je, tapi kawan kita yang soleh pun kita boleh dampingi.
4. Perbanyakkan puasa sunat
Puasa tu bukan sekadar menahan diri dan lapar dan dahaga tau. Tapi puasa tu jugak dapat menahan diri kita daripada nafsu dan mendidik dir supaya menjadi sabar. Tapi sebelum tu cek dulu, puasa ketika bulan Ramadan. Ada rasa excited tak bila Ramadan tu datang. Kalau ada, alhamdulillah. Tu maknanya hati kita juga rasa senang nak buat puasa sunat. Bagi saya sendiri agak susah kalau nak puasa sunat yang mana kita berpuasa tu bukan dalam bulan Ramadhan. Mana nak tahan tengok kawan makan depan kita. Nafsu2. Sebab tu la kita kena ikhlas untuk berpuasa sunat. Berpuasa kerana Allah.
5. Berzikir dan berdoa
Melalui zikir, kita dapat mendekatkan diri kita kepada Allah. Senang je nak zikir ni. Bila2 masa boleh buat. Masa atas bas boleh, tengah memasak boleh. Senang kata bila2 la. Basahkan bibir kita dengan berzikir, inshaallah hati kita akan bersih. Berdoalah kepada Allah tak kira waktu senang, susah, pagi, malam. Jangan jemu untuk berdoa. Berdoa la supaya hati kita ni dibersihkan jauh dari penyakit hati
Sama2 la kita bersihkan hati kita :)



No comments:
Post a Comment