Monday, 15 July 2013

Komik Eksplorasi Tubuh Manusia 1

Assalamualaikum

Pernah tak baca buku komik Siri Jelajah Dunia 'Khazanah Kembara'. Buku ni dari Korea dan di'translate' kan ke dalam bahasa melayu. FYI lebih 20 JUTA komik ni terjual and sangat terkenal kat Korea.

Yang mana tak pernah tengok, ni la buku dia.
 First2 tu tengok macam tak best, ye la dah besar kan*besar la sangat*. Tak layan la komik ni,tapi bile baca je serius best. tak tipu. Dekat sekolah and matrik dulu ambik aliran sains, so tau la pasal bahagian tubuh badan ni, tapi macam tak menyeluruh. Tapi bila dah baca buku ni, rasa macam kita tau hampir semua pasal badan kita. Rasa excited nak habiskan buku ni. Buku ni ada 3 bab, Tubuh Manusia 1,2 and 3.
Buku eksplorasi tubuh manusia 2

  
Buku Eksplorasi tubuh manusia 3
Sinopsis cerita :

Mengisahkan mengenai Geo, Phi Phi dan Kay yang berjaya menghapuskan siri yang lepas. Kini, mereka menjadi pembantu doktor genius, Dr.Brain. Geo dan Kay mencuba ciptaan hebat Dr.Brain iaitu Kapsul Eksplorasi Tubuh.Kapsul ini boleh mengecil sehingga saiz nano. Malangya Phi Phi tertelan kapsul ini dan bermulalah siri kembara Geo dan Dr. Brain dalam tubuh Phi Phi.

No comments:

Post a Comment