Alhamdulillah saya dah setahun belajar di UPM. So far life kat sana best walaupun ada beberapa perkara yang tak memuaskan hati *redha je la*
Di UPM ade 17 kolej kesemuanya. Kebanyakan kolej adalah kolej tradisi. K1o and K11 terletak dengan fakulti kejuruteraan and majority students yang stay kat kolej tu kos engineering. K17 tercampak jauh dekat dengan Hospital Serdang and kolej ni special untuk student medic, vet, biomedic dengan nursing. Tapi kolej 17 sangat cantik and selesa compare dengan kolej saya ----> K16. Kolej ni dipanggil kolej serumpun. Ade 3 kolej lain jugak yang ada dalam serumpun ni iaitu K12, K14, K15, K16.
Kalau macam bilik dekat kolej 16 yang blok L3, ruang untuk individu sangat la kecik.nak solat pun kat celah almari.huhu.So,untuk solat yang selesa, pergi la ke surau serumpun ye. Dalam bilik tu ada 4 orang and dekat tengah2 bilik tu ada divider yang memisahkan kami yang membuatkan ruang bilik bertambah sempit.nak tegur roomate yang belah sana pun kena berdiri.haish.*napa la diorang letak divider,rasa nak pecahkan je*
Walaupun tak berpuas hati dengan bilik serumpun, tapi kemudahan yang ada kat serumpun sangat la bes. Kafe dekat, banyak choice and sedap pulak tu,pastu bas pun senang sangat nak dapat.Kalau macam sem lepas, tak sampai 30 minit bas serumpun datang *tapi kadang2 nak dekat sejam jugak tunggu* Kemudahan lain, ada kedai print, kedai dobi, salon pn ade tau.Jangan main2.Nak potong rambut, nak buat rawatan muka pn boleh tapi untuk perempuan je la.hee.Surau serumpun dekat je haa. Kat serumpun ada dua dewan. Satu nama Dewan Putra 2. Satu lagi nama dia Dewan PJSD.
| Ni tempat tunggu bas untuk serumpun. |
| Ni pulak contoh bilik yang ada kat serumpun.Macam flat pun ada kan.huhu |
| Yang bangunan kuning tu pejabat kolej and sebelah tu surau |
| Ni pulak pintu keluar kolej serumpun |
UPM ni sgt la besar tau. Kalau nak cerita satu persatu memang tak kan habis. Tapi satu je nak cakap pemandangan kat sini sangat indah sebab UPM banyak pokok, tenang je rasa. Dengar kata, UPM ni jugak pernah dijadikan set penggambaran untuk cerita Kuliah Cinta dan Legenda Budak Setan 1.
![]() |
| Sapa yg tgok LBS1 tau la pokok ni. |
"Tuntutlah ilmu walaupun sampai ke negeri Cina". (Al-Hadis)

Kedai dobi dkat mna?
ReplyDelete